Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

Webinar Rendah Karbon IMELC | Generasi Hijau : Pemangkin Inovasi Rendah Karbon

Nak tahu bagaimana inovasi boleh bantu kurangkan pencemaran dan selamatkan bumi? Sertai kami dalam webinar eksklusif ini pada 🗓Tarikh : 25 Julai 2025 (Jumaat) 🕗Masa : 10.00 pagi – 11.45 pagi 📌 Platform : FB Live RCE Iskandar https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar Youtube Live JSMPR WEBINAR https://www.youtube.com/@JSMPRWEBINAR


Jangan lepaskan peluang untuk belajar dengan pakar yang kita bawakan khas dari Playsmart Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Petrosains dan SJKT Taman Tun Aminah! Ayuh sertai Webinar IMELC untuk:

🔅Apa itu inovasi rendah karbon dan kenapa ia penting

🔅Contoh idea dan teknologi mesra alam yang sedang digunakan di Malaysia dan dunia

🔅Cara anda juga boleh menyumbang melalui kreativiti dan gaya hidup hijau

🔅Inspirasi daripada inovator dan aktivis alam sekitar


Terbuka kepada SEMUA (murid, guru, ibu bapa dijemput hadir)

✅ e- Sijil (bagi murid sekolah yang mendapat markah 80% ke atas bagi soalan kuiz)- Sijil akan diproses secara berperingkat dalam tempoh 1 bulan. 

✅ PAJSK Penglibatan 3

✅ Perekodan SPLKPM

Menyertai webinar ini bukan sahaja memberi ilmu, malah membuka peluang kepada peserta untuk menjadi agen perubahan dalam memperkenalkan idea dan teknologi inovatif yang mesra alam. Mari bersama kami dalam usaha membina dunia yang lebih lestari dan rendah karbon untuk generasi akan datang! Jumpa pada 25 Julai ini jam 10.00 pagi