
Webinar Rendah Karbon IMELC 2024
Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai cara untuk menjalani kehidupan yang lebih lestari dengan amalan rendah karbon? Sertai kami dalam webinar eksklusif ini pada
Tarikh : 15 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 petang
📌 Platform
FB Live : RCE Iskandar
https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar
Youtube Live : JSMPR WEBINAR
https://www.youtube.com/@JSMPRWEBINAR
Peserta akan diberikan:
❗PAJSK Penglibatan 3
❗Perekodan SPLKPM
❗e- Sijil (bagi murid sekolah yang mendapat markah 80% ke atas bagi soalan kuiz)
------
Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah khususnya dan juga masyarakat umum akan inisiatif amalan rendah karbon menerusi topik berikut;
➡️ Inisiatif Sisa Mampan
➡️ Amalan Kompos
➡️ Inisiatif Penjimatan Air
➡️ Inisiatif Penjimatan Tenaga
TERBUKA KEPADA SEMUA
(murid, guru, ibu bapa dijemput hadir)
Jangan lepaskan peluang untuk belajar dengan pakar yang kita bawakan khas dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), SWM Environment Sdn. Bhd, Ranhill SAJ Sdn. Bhd dan Tenaga Nasional Berhad
———
IMELC merupakan pertandingan untuk membudayakan rendah karbon yang dianjurkan oleh agensi pelaksana Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia. IMELC juga dibawakan oleh rakan utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), SWM Environment Sdn Bhd, Ranhill Sdn Bhd dan SAJ Sdn Bhd bersama rakan sokongan Majlis Perbandaran Segamat dan Heng Hiap Industries serta disokong oleh Yayasan Hasanah, UNICEF .
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anda dalam Webinar Rendah Karbon IMELC ! Jumpa pada 15 Julai ini jam 10 pagi