📢 LENGKAPKAN CABARAN IMELC & PELAPORAN SEKOLAH
Jangan tunggu saat akhir. Lengkapkan cabaran dan pelaporan anda sebelum 1 Oktober 2026!
📢 LENGKAPKAN CABARAN IMELC & PELAPORAN SEKOLAH
Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC). 🌱💚
Kini tiba masanya untuk memastikan semua cabaran murid dan pelaporan sekolah dilengkapkan.
📌 Perhatian kepada pihak sekolah:
• Murid yang masih belum melengkapkan cabaran IMELC perlu menyelesaikannya bagi membolehkan sijil penyertaan dan mata PAJSK Peringkat 3 diproses.
• Sistem IMELC akan ditutup pada 1 Oktober 2026 bagi tujuan pemprosesan PAJSK. Selepas tarikh tersebut, tiada lagi pembukaan sistem untuk pemprosesan sijil.
• Sekolah yang masih belum melengkapkan pelaporan dimohon menghantar Pelaporan Sekolah melalui IMELC.my sebelum tarikh tutup.
Kami amat menghargai usaha guru, penyelaras dan murid yang telah bersama-sama menjayakan IMELC. Setiap data yang dilaporkan bukan sekadar angka, tetapi menggambarkan tindakan sebenar sekolah dalam membudayakan gaya hidup rendah karbon. 🌏♻️
Jangan tunggu saat akhir. Lengkapkan cabaran dan pelaporan anda sebelum 1 Oktober 2026!
💻 IMELC.my
🌱 Learn • Innovate • Act