Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sertai kami sekarang

Bersama menbawa perubahan dan selamatkan bumi kita!

Objektif IMELC

Memupuk kesedaran Masyarakat Rendah Karbon (MRK) di kalangan pelajar sekolah rendah, guru dan ahli keluarga (masyarakat awam) di Iskandar Malaysia melalui pendidikan di sekolah

Menyebarkan pengetahuan, kesedaran dan amalan MRK di kalangan masyarakat Iskandar Malaysia melalui pelajar dan guru sekolah rendah.

Mengurangkan pelepasan karbon di Iskandar Malaysia melalui kesedaran dan pendidikan.

Mewujudkan Masyarakat Rendah Karbon untuk Iskandar Malaysia menjelang tahun 2025.

Mengenai IMELC

Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) merupakan projek berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak dari tahun 2013. Bagi tahun 2023, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), SWM Environment Sdn. Bhd. , Ranhill SAJ Sdn Bhd dan Sunway Iskandar Sdn Bhd. bertindak sebagai Rakan Utama bagi bersama- sama menjayakan pelaksaan IMELC. Sejak dari tahun 2021, IMELC telah didigitalkan dan dijalanankan sepenuhnya melalui laman web yang ditaja oleh United Nations Development Programme atau UNDP Accelerator Labs dan disokong oleh Green Technology Application of the Development of Low Carbon Cities (GTALCC). IMELC ialah salah satu aktiviti utama di bawah RCE Iskandar - Regional Center of Expertise (RCE) on Education and Sustainable Development yang disokong oleh United Nations University. IMELC bertujuan untuk mewujudkan kesedaran Masyarakat Rendah Karbon (LCS) dalam kalangan pelajar, guru, dan keluarga mereka dalam mencapai sasaran pengurangan karbon untuk Iskandar Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia 2025 (LCSBPIM2025). Pada November 2022, IRDA melancarkan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Malaysia 2030 pada Persidangan Parti (COP) ke-27 di Mesir untuk menangani masalah perubahan iklim yang semakin meningkat. Dokumen itu memperakui IMELC sebagai salah satu program utama bagi Meningkatkan dan Menyokong Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) inisiatif rendah karbon Iskandar Malaysia. IMELC sejajar dengan sasaran Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon seawal 2050 dengan mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 45% pada 2030. IMELC merupakan aktiviti pembelajaran pelajar LCS yang dijalankan secara pendidikan formal atau tidak formal di persekitaran sekolah. Ia juga boleh dijalankan sebagai aktiviti pembelajaran tambahan atau pertandingan antara sekolah. IMELC adalah sebahagian daripada program di bawah Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2025 untuk mengembangkan budaya pembangunan lestari di kalangan para pelajar dan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 2023 merupakan tahun ke sebelas (11) pelaksaana IMELC dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pelajar Tahun 6 dari 907 sekolah rendah di Johor.

Berita

Pengumuman Finalis IMELC Kategori Murid dan Keluarga

Pengumuman Finalis IMELC Kategori Murid dan Keluar...

Share 12 Likes

Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge 2020

Total of 265 schools submitted their electricity b...

Share 5 Likes

Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge 2019

207 schools submitted their electricity bills, 218...

Share 1 Likes

Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge 2018

143 schools submitted their electricity bills, 168...

Share 1 Likes

Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge 2017

131 schools submitted their electricity bills, 159...

Share 0 Likes

Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge 2016

83 schools submitted their electricity bills, 94 s...

Share 2 Likes

IMELC 2020 berjaya dilaksanakan walaupun ketika pandemik

Kejayaan demi kejayaan diraih melalui penganjuran...

Share 1 Likes

Pertandingan Akhir Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2018

Kemenangan SK Taman Suria dalam Pertandingan IMELC...

Share 3 Likes

Agensi Pelaksana

Rakan Utama

Rakan Bersama

2,999,320.79

 

kg CO2

Pengurangan Karbon

465,513.79

 

kg

Kitar Semula

RM

 

251,216.77

Pendapatan Yang Dijana

Disokong Oleh

Selari Dengan

Galeri

Dibangunkan Oleh